Keterangan Tentang Aktiviti
Tempoh untuk Mengundi
• 22 / Aug / 2024 - 31 / Jan / 2025
Kelayakan untuk Mengundi
• Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup aktiviti ini
• Setiap orang dihadkan untuk mengundi sekali sahaja untuk memastikan keadilan aktiviti ini
• Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan seseorang untuk menyertai aktiviti dan memenangi hadiah jika didapati bahawa individu tersebut tidak memenuhi peraturan penyertaan.
Cara Mengundi
• Menonton keempat-empat video tema pelancongan utama dan mengundi satu tema pelancongan kegemaran anda, lengkapkan data peribadi anda dan hantar selepas sahkan
• Sekiranya anda ingin menyertai cabutan bertuah untuk "Penguji Melancong ke Taiwan", sila tandakan kotak tersebut. Anda dianggap tidak menyertai cabutan bertuah "Penguji Melancong ke Taiwan" jika anda tidak menandakan kotak tersebut
Pengumuman Pemenang dan Penebusan Hadiah
• Senarai pemenang akan diumumkan di laman web aktiviti ini dan pasukan aktiviti akan menghantar e-mel untuk memaklumkan semua pemenang dalam tempoh 7 hari bekerja (tidak termasuk cuti) selepas tarikh pengumuman senarai pemenang.
• Untuk pemenang yang telah menerima e-mel pemberitahuan, sila membalas e-mel tersebut dengan data peribadi yang berkaitan untuk penebusan hadiah dalam tempoh satu minggu, maklumat wajib diberi termasuk nama pemenang, nombor telefon, nombor pasport, salinan pasport, poskod dan alamat yang lengkap dan sebagainya. Pemenang dianggap melepaskan hak untuk memenangi hadiah jika maklumat tidak diberi dalam tempoh masa ditetapkan atau maklumat yang diberi adalah tidak lengkap.
• Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah bilangan pemenang dan memilih pemenang tambahan untuk menggantikan pemenang yang tidak layak atau kehilangan kelayakan. Sebarang bantahan daripada peserta tidak akan dilayan.
Terma Penebusan "Penguji Melancong ke Taiwan - Pakej 3 hari 2 malam untuk dua orang"
• Pemenang "Penguji Melancong ke Taiwan” perlu memberi data peribadi dan membenarkan penganjur untuk menggunakannya bagi pendaftaran perjalanan tersebut. Pemenang dikehendaki hadir di tempat perhimpunan pada masa yang ditetapkan seperti yang dimaklumkan oleh penganjur. Kegagalan untuk menghadiri atau tidak memberikan maklumat yang berkaitan dianggap pemenang melepaskan hak penebusan hadiah. Sebarang bantahan atau rayuan selepas itu tidak akan dilayan.
• Pemenang bersetuju akan menggunakan hadiah yang ditebus selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025. Jika hadiah tersebut tidak digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dianggap pemenang melepaskan hak untuk menyertai perjalanan tersebut. Sebarang bantahan atau tuntutan selepas itu tidak akan dilayan.
• Pemenang bersetuju untuk mengikuti jadual perjalanan yang diaturkan seperti yang dimaklumkan oleh penganjur. Penganjur akan menghantar jadual perjalanan kepada pemenang melalui e-mel.
• Untuk pemenang yang telah menerima e-mel pemberitahuan, sila membalas penganjur sama ada akan menebus dan menyertai perjalanan itu melalui e-mel dalam tempoh satu minggu. Jika tiada balasan diberi dalam tempoh ditetapkan atau pemenang telah memberitahu bahawa dia tidak akan menebus hadiah tersebut, penganjur akan membatalkan kelayakan pemenang tersebut. Penganjur akan meneruskan proses penebusan susulan dan penggantian mengikut keadaan.
• Pemenang dikehendaki untuk menyiarkan sekurang-kurangnya 1 cerita dan hantaran @ tag SalamTaiwan, tag # SalamTaiwan2025 setiap hari sepanjang tempoh perjalanan
• Dengan menyertai aktiviti ini, pemenang bersetuju dan membenarkan penggunaan dan penerbitan potret, aktiviti atau imej dan teks yang dinyatakan di atas serta gambar berkaitan tanpa sebarang pampasan. Penganjur boleh menggunakan bahan pemasaran tersebut dengan menerbitkan semula, mengubah suai, menghantar secara terbuka, memaparkan secara terbuka, mengumumkan secara terbuka untuk tujuan pemasaran dan promosi. Penggunaan bahan pemasaran tersebut adalah kekal tanpa mengira lokasi, masa, kekerapan dan kaedah.
• Pemenang menjamin bahawa gambar yang dimuat naik adalah dimiliki olehnya dan dia memiliki hak cipta dan hak potret gambar tersebut secara sah.
• Pemenang menjamin bahawa gambar yang dimuat naik tidak melanggar hak harta intelek, hak potret, privasi dan mana-mana hak orang lain atau melanggar adat resam. Jika gambar yang dimuat naik didapati melanggar undang-undang atau menggugat hak dan kepentingan orang lain, penganjur berhak untuk mengambil segala langkah yang sewajarnya, termasuk tanpa memberi notis pemberitahuan kepada pemenang, menghapuskan gambar tersebut, menarik balik hadiah dan menuntut pampasan dan sebagainya. Peserta perlu bertanggungjawab ke atas liabiliti undang-undang sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada penganjur/penganjur bersama untuk sebarang kerugian yang timbul.
• Pemenang bersetuju bahawa akan menanggung segala bayaran jika ingin menyertai aktiviti atas perbelanjaan sendiri yang disenaraikan dalam jadual perjalanan atau perbelanjaan lain di Taiwan. Sebarang tuntutan terhadap Penganjur selepas itu tidak akan dilayan.
• Pemenang bersetuju untuk mematuhi undang-undang Republik China sepanjang tempoh perjalanan di Taiwan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang pelanggaran.
• Jika perbuatan pemenang di Taiwan menyebabkan kerugian atau kerosakan penganjur atau pihak berkaitan, pemenang akan menanggung semua liabiliti untuk ganti rugi (termasuk kos litigasi, kos guaman, dan tuntutan pihak ketiga) serta membayar ganti rugi punitif sebanyak NT$1,000,000 kepada penganjur.
• Pemenang bersetuju bahawa aktiviti penggambaran akan dijalankan oleh penganjur, dan pemenang dikehendaki untuk merakam dengan sendiri semasa perjalanan untuk menghasilkan klip video pendek
Terma Penebusan "Tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Taipei untuk dua orang"
• Pemenang bersetuju akan menggunakan hadiah yang ditebus selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025. Jika hadiah tersebut tidak digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dianggap pemenang melepaskan hak untuk menyertai perjalanan tersebut. Sebarang bantahan atau tuntutan selepas itu tidak akan dilayan.
• Setelah tiket penerbangan disahkan, pindah milik, penukaran destinasi bagi penerbangan ke/dari dan kelas kabin serta tarikh dan masa penerbangan atau bayaran balik adalah tidak dibenarkan.
• Sebarang bayaran surcaj bahan api, cukai atau perbelanjaan lain yang berkaitan akan ditanggung oleh pemenang. Jika bayaran tersebut dibayar oleh penganjur terlebih dahulu, pemenang akan diminta untuk membayar balik kepada penganjur mengikut kaedah bayaran yang ditetapkan apabila pemenang menerima pemberitahuan daripada penganjur. Jika pemenang gagal untuk melakukan bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang. Sebarang bantahan atau tuntutan daripada pemenang tidak akan dilayan.
Pernyataan Persetujuan Penggunaan Data Peribadi dan Dasar Privasi
Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi dan undang-undang berkaitan, sila baca terma-terma berikut dengan teliti sebelum anda mengisi maklumat, dan bersetuju bahawa penganjur boleh mengumpul, memproses, dan menggunakan data peribadi yang anda berikan melalui laman web ini mengikut terma-terma berikut.
1. Tujuan pengumpulan: Untuk membantu anda menyertai cabutan bertuah untuk "Aktiviti Pengundian 72 Jam di Taiwan" dengan sepenuhnya, data peribadi berikut yang diberikan oleh anda akan dikumpulkan, diproses dan digunakan, dan kami akan menghubungi anda melalui kaedah berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada e-mel, telefon dan sebagainya.
2. Kategori data peribadi: Termasuk kategori pengenalpastian identiti dalam data peribadi seperti nama, telefon, alamat e-mel, dan alamat perhubungan.
3. Tempoh, kawasan, pihak, dan cara pengumpulan, pemprosesan, dan penggunaan:
Tempoh pengumpulan: Kecuali jika ditetapkan sebaliknya oleh undang-undang, tempoh pengumpulan adalah tempoh masa pelaksanaan aktiviti yang dinyatakan di atas untuk tujuan pengumpulan maklumat sehingga tempoh penyimpanan yang diperlukan dan semua prosedur yang berkaitan telah selesai.
Kawasan pengumpulan: Kawasan yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan aktiviti yang dinyatakan di atas.
Pihak pengumpulan: Penganjur, penaja aktiviti ini, kakitangan yang berkaitan yang diperlukan untuk pelaksanaan aktiviti ini serta agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan mengikut undang-undang atau mana-mana agensi, institusi, atau individu yang dibenarkan untuk pendedahan data mengikut undang-undang Republik China yang berkaitan.
Cara pengumpulan: Data dikumpul melalui dokumen bercetak, fail elektronik, telefon, faks dengan menggunakan mesin automatik atau cara lain yang bukan automatik.
4. Mengikut Perkara 3 Akta Perlindungan Data Peribadi: Anda boleh meminta untuk mengakses data peribadi anda yang dikumpulkan oleh Syarikat dan membaca data peribadi anda, meminta salinan data peribadi anda, meminta untuk menambah atau membetulkan data peribadi anda, dan meminta untuk menghentikan pengumpulan, pemprosesan, atau penggunaan data peribadi anda, serta meminta untuk menghapuskan data peribadi anda.
5. Anda bebas untuk memilih sama ada untuk memberikan data peribadi anda, tetapi jika anda memilih tidak memberi data atau memberikan data secara tidak lengkap, Syarikat tidak dapat melengkapkan prosedur yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam cabutan bertuah ini.
6. Peserta bersetuju bahawa penganjur dan kontraktor mungkin akan menghubungi peserta mengenai promosi aktiviti ini melalui e-mel, telefon, atau kaedah lain.
7. Peserta bersetuju bahawa penganjur mungkin akan memproses data peribadi peserta dengan penganjur sendiri atau melalui pemproses data luaran. Sekiranya penganjur perlu memindahkan data peribadi kepada pemproses data luaran untuk menjalankan aktiviti promosi yang berkaitan, penganjur hanya akan memindahkan data peribadi setakat yang diperlukan untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan dalam terma aktiviti. Peserta bersetuju bahawa data peribadi yang diberikan untuk aktiviti ini boleh digunakan untuk pemberitahuan kemenangan, penghantaran notis kemenangan, penghantaran hadiah, dan peserta membenarkan penggunaan data peribadi dengan sepenuhnya untuk kegunaan komersial/bukan komersial yang berikutnya.
8. Peserta bersetuju untuk menyertai aktiviti promosi yang berkaitan dan penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menerbitkan dan memaparkan nama dan alamat, gambar, rakaman audio dan/atau video pemenang dan sebagainya secara terbuka.
9. Syarikat akan terus mengutamakan perlindungan data peribadi anda, dan akan mengurus, melindungi, memproses, dan menggunakan data peribadi anda mengikut undang-undang dan prinsip yang dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan untuk kami, atau jika anda ingin menggunakan hak yang dinyatakan dalam Perkara 4 di atas, sila hubungi pusat khidmat pelanggan melalui e-mel dari Isnin hingga Jumaat, 09:30 - 12:00, 13:30 - 18:00 (perkhidmatan tidak tersedia pada hari Sabtu dan Ahad, serta cuti umum):
[email protected].
10. Kesan terhadap hak dan kepentingan yang disebabkan oleh tidak memberikan data peribadi: Peserta dalam aktiviti ini bebas untuk memilih sama ada untuk memberikan data peribadi. Peserta tidak dapat menyertai aktiviti ini jika peserta enggan memberikan data peribadi yang berkaitan. Sekiranya dilapor atau penganjur mendapati bahawa kesahihan identiti peserta aktiviti ini tidak dapat disahkan atau terdapat penggunaan, pencurian data peribadi orang lain, maklumat yang diberi adalah tidak benar dan sebagainya, jika pengesahan yang diperlukan tidak dapat dilakukan dengan segera, penganjur berhak untuk menghentikan segala perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti ini untuk sementara waktu. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Peserta aktiviti telah membaca dan memahami maklumat yang dinyatakan di atas mengenai tujuan dan kegunaan pengumpulan, pemprosesan, dan penggunaan data peribadi. Peserta bersetuju bahawa penganjur boleh mengumpul, memproses, memindahkan data peribadi ke luar negara, dan menggunakan data peribadi dalam skop yang dinyatakan di atas. Jika peserta tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas, peserta dianggap melepaskan hak untuk menyertai aktiviti ini dan tidak layak untuk menerima hadiah.